Tuesday, July 12, 2011

Besar itu bermula dari kecil


Bismillahirrahmanirrahiim...

Kita selalu menanggapi sesuatu yang " kecil " sebagai sesuatu yang remeh dan tidak mendatangkan apa apa kesan jika melakukan, baik berupa kebaikan atau keburukan. Mungkin kita lupa sesuatu yang besar itu di awali oleh sesuatu yang kecil...

Sejauh mana pun pengembaraan, ia pasti bermula dengan langkah pertama.. Seluas mana pun lautan, ia terhasil daripada titis-titis air.. Demikan juga, sebagus apa pun sebuah buku, ia tersusun daripada jalinan huruf dan ayat.. Dan suatu huruf adalah rangkaian daripada beberapa titik...

Titik adalah tanda terkecil yang biasa di lihat oleh manusia.. Walaupun kecil, tetapi pegaruhnya amat besar.. Sebagai contoh, dalam bahasa Arab, sebuah titik mampu mempengaruhi makna dan kata.. Huruf 'ha', yang tiada sebarang titik padanya, apabila di tempatkan satu titik di tengahnya, ia berubah menjadi huruf 'jim'.. Dan apabila titik itu di letakan pula di atas, maka ia berubah menjadi hufur 'kha'..

Apabila salah meletakan titik maka bacaan dan maksud sesuatu kata juga turut berubah...

Lantaran itu, ada ketikanya amal kebaikan yang kecil, yang hanya di pandang sebelah mata sebaliknya memberi kehormatan besar dan keselamatan bagi kebaikan manusia.. Ada ketikanya, amalan yang hebat itu di bangga -bangga, malah menjadi sebutan dan pujian ramai, tetapi tidak memberi sebarang manfaat, bahkan kadang-kadang mengundag fitnah pula.. Demikian juga peringatan daripada Rasulullah SAW agar tidak memandang remeh sesuatu dosa, sebagai mana sabda Baginda yang bermaksud

"Berhati-hatilah kalian terhadap dosa kecil, kerana jika berkumpul dalam diri seseorang ia akan dapat membinasakannya"

(Riwayat Ahmad dan al tabarani dalam al aswad)... Wallahu'alam

... Ibu Nora ...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...