Nabi Muhammad s.a.w pernah berpesan bagaimana mengatasi rasa marah dlm diri :
1. Mengawal lidah Berdiam diri lebih baik drp berkata-kata ketika marah kerana jika berkata-kata akan dikhuatiri perkataan memburukkan lagi keadaan. Biasanya apabila kita marah, perkataan yg keluar dari mulut kita lebih banyak yg buruk drp baiknya.
2. Mengambil wudhuk Apabila kita mengambil wudhuk, ia akan menyejukkan hati & mententeramkan jiwa.
3. Beristighfar & membaca Al-Quran Tenangkan diri dgn bacaan ayat2 Al-Quran. Ia merupakan pembimbing diri & boleh menjadikan akhlak kita terpelihara.
Satu Muharram Detik Permulaan Perkiraan Tahun Islam Hijrah Perpindahan Nabi dan Umat Islam Dari Kota Makkah ke Kota Madinah
Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu Rela Berkorban Harta dan Nyawa Demi Menegakkan Islam Tercinta
Hijrah Itu Pengorbanan Hijrah Itu Perjuangan Hijrah Itu Persaudaraan Hijrah Membentuk Perpaduan
Oleh Itu Mari Semua Kita Sambut Maal Hijrah Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam Untuk Sepanjang Zaman
Antara amalan2 disunatkan pada bulan Muharam:
1 - Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun. 2 - Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya. 3 - Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3 kali. 4 - Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kali.
Amalan Pada 10 Muharam (Hari Assyura)
14 perkara sunat dilakukan pada hari Asyura:
1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini. 2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti. 3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha. 4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya. 5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya. 6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini. 7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan. 8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala." 9. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu. 10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti. 11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali. 12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini. 13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa. 14. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
"Hendaklah jujur dalam setiap perbuatan yang kita lakukan. Orang yang jujur mudah dipercayai dan dihormati serta disayangi. Sebaliknya jika sekali kita menipu, nescaya orang tidak akan percaya pada kita lagi"
Secara ringkasnya mengikut hukum Islam, air terbahagi kepada 4 jenis :
1. Air Mutlak Air yang suci lagi menyucikan. Ia kekal dengan sifat asal kejadiannya , boleh digunakan untuk bersuci daripada hadas kecil dan besar, berwuduk, membasuh pakaian dan lain-lain.
Ada 7 jenis air mutlak iaitu : 1. Air hujan 2. Air laut 3. Air sungai 4. Air Telaga 5. Air mata air 7. Air salji
2. Air Musta'mal Air yang suci pada dirinya tetapi tidak boleh menyucikan yang lain, boleh diminum dan tidak boleh dibuat bersuci. Tidak boleh digunakan untuk berwuduk, bersuci najis, bersuci daripada hadas kecil dan besar. contoh air tebu, air kelapa
Air Muqaiyad Air yang bercampur dengan sesuatu yang suci yang mengubah salah satu daripada sifatnya sama ada dari segi warna, bau atau rasa yang menyebabkan air tersebut tidak dipanggil air mutlak lagi. Suci tetapi tidak boleh menyucikan, boleh diminum dan tidak boleh dibuat bersuci, Contoh: Air sirap, air kopi dan sebagainya
3. Air Musyammas Air yang suci lagi menyucikan tetapi makruh menggunakannya. Air yang disimpan di dalam bekas logam dan terdedah kepada panas matahari. Air yang sedang panas itu makruh hukumnya digunakan untuk berwuduk dan bersuci daripada hadas.
4. Air Mutanajjis Air yang telah terjatuh najis ke dalamnya sehingga berubah warna, bau atau rasa walaupun jika dicampur hingga kadar dua kolah. Tidak suci, tidak boleh diminum dan tidak boleh dibuat bersuci.
Alhamdulillah & terima kasih mama & ayah kerana memberikan nama2 yg baik kepadaku serta kakak2 & abang2ku. Yang lelaki bermula dgn nama Muhammad, manakala yg perempuan pula bermula dgn Siti. Namun panggilan kesemuanya bermula dgn huruf A....
Memberi nama2 yg baik ini adalah menjadi kewajipan bagi kedua ibu bapa kepada anak-anaknya. Begitu juga dgn nama panggilan mereka. Pilihlah nama yang dianjurkan oleh Islam atau sekurang-kurangnya nama yang membawa maksud yang baik.
Nabi Muhammad s.a.w menggalakkan kepada ummatnya agar memberi nama yang terbaik.
Baginda bersabda yg membawa maksud :
” Sesungguhnya kamu akan dipanggil dengan Namamu dan Nama bapa kamu. Elokkanlah nama-nama kamu.”
Give thanks to Allah, for the moon and the stars prays in all day full, what is and what was take hold of your iman dont givin to shaitan oh you who believe please give thanks to Allah.
Allahu Ghefor Allahu Rahim Allahu yuhibo el Mohsinin, hua Khalikhone hua Razikhone whahoa ala kolli sheiin khadir
Allah is Ghefor Allah is Rahim Allah is the one who loves the Mohsinin, he is a creater, he is a sistainer and he is the one who has power over all.
Give thanks to Allah, for the moon and the stars prays in all day full, what is and what was take hold of your iman dont givin to shaitan oh you who believe please give thanks to Allah.
Allahu Ghefor Allahu Rahim Allahu yuhibo el Mohsinin, hua Khalikhone hua Razikhone whahoa ala kolli sheiin khadir
Allah is Ghefor Allah is Rahim Allah is the one who loves the Mohsinin, he is a creater, he is a sistainer and he is the one who has power over all.
Drp Ibnu Mas'ud r.a bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah S.A.W :
Manakah amal yang lebih utama? Baginda menjawab : Sembahyang dalam waktunya, berbakti kepada ibu bapa dan berjuang dijalan Allah.
(Riwayat Bukhari)
Setiap anak wajib berbakti dan mentaati ibu bapa demi memperoleh sebuah kehidupan yang bahagia dan dirahmati. Ajaran Islam meletakkan ibu bapa pada kedudukan yang mulia. Antara cara berbakti kepada ibu bapa ialah :
Sesiapa yang beriman kepada Allah dan terhadap hari akhirat, hendaklah dia memuliakan jirannya.
(Riwayat al-Bukhari)
Jiran adalah ahli masyarakat yang paling rapat dengan kita. Oleh itu kita hendaklah menghormati jiran, memuliakan jiran & memelihara persefahaman. Amalkan adab berjiran :
1... Membantu ketika mereka susah & memerlukan bantuan.
2... Menjaga perasaan mereka.
3... Memelihara rahsia jiran walau pun berbeza agama.
Rasulullah s.a.w bersabda : Maksudnya : Sesiapa yang mengajak ke jalan hidayah, baginya pahala seperti pahala orang yang mengikutnya dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala mereka.