Nabi Muhammad s.a.w pernah berpesan bagaimana mengatasi rasa marah dlm diri :
1. Mengawal lidah Berdiam diri lebih baik drp berkata-kata ketika marah kerana jika berkata-kata akan dikhuatiri perkataan memburukkan lagi keadaan. Biasanya apabila kita marah, perkataan yg keluar dari mulut kita lebih banyak yg buruk drp baiknya.
2. Mengambil wudhuk Apabila kita mengambil wudhuk, ia akan menyejukkan hati & mententeramkan jiwa.
3. Beristighfar & membaca Al-Quran Tenangkan diri dgn bacaan ayat2 Al-Quran. Ia merupakan pembimbing diri & boleh menjadikan akhlak kita terpelihara.
Satu Muharram Detik Permulaan Perkiraan Tahun Islam Hijrah Perpindahan Nabi dan Umat Islam Dari Kota Makkah ke Kota Madinah
Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu Rela Berkorban Harta dan Nyawa Demi Menegakkan Islam Tercinta
Hijrah Itu Pengorbanan Hijrah Itu Perjuangan Hijrah Itu Persaudaraan Hijrah Membentuk Perpaduan
Oleh Itu Mari Semua Kita Sambut Maal Hijrah Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam Untuk Sepanjang Zaman
Antara amalan2 disunatkan pada bulan Muharam:
1 - Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun. 2 - Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya. 3 - Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3 kali. 4 - Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kali.
Amalan Pada 10 Muharam (Hari Assyura)
14 perkara sunat dilakukan pada hari Asyura:
1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini. 2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti. 3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha. 4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya. 5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya. 6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini. 7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan. 8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala." 9. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu. 10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti. 11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali. 12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini. 13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa. 14. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.