Friday, June 17, 2011

Elakkan sikap takbur

Imam Ghazali memberi beberapa panduan untuk mengelakkan sikap takbur yang ada dalam diri manusia, iaitu....

1. Apabila berjumpa kanak kanak, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana kanak kanak belum dibebani dosa.

2. Apabila berhadapan dengan orang tua pula, anggaplah mereka juga lebih mulia kerana mereka lebih lama beribadah daripada kita.

3. Apabila berjumpa orang alim, anggaplah dia lebih mulia kerana banyaknya ilmu di dadanya.

4. Apabila melihat orang jahil anggaplah mereka lebih mulia kerana berbuat dosa kerana kejahilan sedangkan kita dosa dalam keadaan mengetahuinya.

5. Apabila berjumpa orang jahat, jangan anggap kita mulia. Tetapi, katakan, mungkin orang jahat itu akan bertaubat pada masa tuanya, sedangkan kita belum tahu bagaimana akhirnya kehidupan kita.

6. Apabila bertemu orang kafir katakan, belum tentu dia akan kafir selama-lamanya.

Thursday, June 2, 2011

Ikutlah resminya padi

Bismillahirahmannirrahim...

Disatu sudut dalam dewan, kelihatan seorang sosok lelaki yang sedang ralit menyusun kerusi-kerusi.. Kerusi disusun lantaran akan ada nanti majlis yang melibatkan ramai orang... Tanpa beliau sedari, perbuatan menyusun kerusi itu dilihat oleh orang ramai.. Mereka datang dan menegur beliau..

"Ya syeikh, kenapa anda menyusun dan membuat semua ini. Bukankah hal-hal seperti ini kami yang perlu lakukan dan bukan insan seperti anda. Anda bukan dibawah menyusun kerusi tetapi anda diatas menunggu disusunnya kerusi," begitulah kata prihatin masyarakat kepada beliau... Melihat dari ungkapannya, sudah mestinya insan yang sedang menyusun kerusi ini adalah satu figure yang hebat, penuh karisma dan dihormati oleh ramai orang. Sahabat mahupun lawan.

"Erm, saya sebenarnya melakukan tugas menyusun kerusi ini kerana saya tidak pasti mana satu amalan saya akan diterima oleh Allah s.w.t. Mungkin sahaja anda melihat saya hebat berpidato membangkitkan ummah, tetapi ada riak dalam diri. Ia tertolak. Mungkin sahaja anda melihat saya hebat berdakwah tetapi tidak ikhlas dalam hati, ia tertolak. Jadi mungkin menyusun kerusi boleh jadi menjadi satu asbab saya ke syurga," jawap tulus dari sang murabbi.. Siapa beliau?

Beliau adalah As-Syahid Imam Hassan Al-Banna. Tanyalah kepada sesiapa sahaja yang terlibat dengan dunia dakwah dan tarbiah, pasti membicarakan sosok pribadi tokoh ini tidak pernah tertelewatkan... Insan yang masyhur dengan keimanan yang kental, pribadi yang zuhud, laungan jihad yang membakar, sentuhan hati yang lembut dan pidato yang memukau, itulah beliau. Semua itu dibayar dengan harga yang mahal iaitu syahid dihujung pistol sang tirani.

Saya membawa kisah ini kerana ingin mengajak diri, sahabat-sahabat dan pembaca semua kembali merenung kepada persoalan terpenting dalam melakukan sesuatu pekerjaan.

Tidak habis fikir bila memerhatikan pendakwah mendakwa cara mereka, perbuatan mereka bahkan dakwah dan tarbiah mereka terbaik dengan meremehkan orang lain... Tidak habis fikir bila memerhatikan sahabat memandang rendah pekerjaan mereka itu kerana tidak dikepilkan sekali title agama pada kerja itu... Tidak habis fikir bila memerhatikan insan yang melakukan sesuatu perkara tetapi dimulut masih mengeluarkan kata-kata yang dalam nada mengeluh... Tidak habis fikir bila memerhatikan masyarakat mencemuh dermawan memberikan sumbangan tetapi dalam bentuk cek sebesar 'alam'.

Tidakkah kita pernah mahu fikir, semua amalan dan perbuatan itu bergantung erat dengan satu prinsip beribadah didalam agama Islam iaitu IKHLAS... Mungkin sahaja dicemuh dermawan dicemuh oleh masyarakat kerana sumbangan disorok jutaan media, tetapi niatnya lurus ikhlas.. Ia diterima sebagai amal oleh Allah s.w.t... Mungkin sahaja anda bekerja sebagai menyapu sampah dalam satu majlis besar, tetapi niatnya lurus ikhlas.. Ia diterima sebagai amal baik oleh Allah s.w.t... Mungkin sahaja anda memberi sumbangan sebagai menjadi pengurus lawatan yang tidak ada sama sekali dibuat atas title persatuan agama tetapi niatnya lurus ikhlas.. Ia diterima sebagai amal baik oleh Allah s.w.t... Mungkin sahaja anda menyangka andalah yang berbaik, terhebat, tersusun dan segala TER didalam perjuangan Islam, tetapi tidak dilandasi dengan niat tulus ikhlas.. Ia tidak akan dipandang mahupun sekilas oleh Allah s.w.t.

Ikutlah resmi padi, semakin berisi semakin tunduk. Jangan seperti kain buruk, ayam tidak patuk, itik tidak sudu... Pujian tidak menambah, cacian tidak mengurang.
Bimbang...bimbang.. Sangkaan kita yakin menyatakan akhir hidup adalah di syurga sedangkan sebaliknya, Nauzubillah. Dan jika sangkaan kita yakin menyatakan akhir hidup adalah di neraka, nerakalah jawapnya!..

"Dari Amirul Mukminin, Umar bin Khatthab radhiallahu 'anhu, beliau berkata: Sesungguhnya seluruh amalan itu bergantung pada niatnya dan setiap orang akan mendapatkan ganjaran sesuai dengan apa yang diniatkannya. Barang siapa yang berhijrah karena Allah dan rasul-Nya, maka hijrahnya menuju keridhaan Allah dan rasul-Nya. Barang siapa yang berhijrah kerana mencari dunia atau kerana ingin menikahi seorang wanita, maka hijrahnya tersebut kepada apa yang dia tuju." (Hadis Bukhari No 1)...

Wallahu'alam - Ibu Nora

Kupohon RahmatMu


Ya Allah.. jika Kau sediakan pahala-Mu untuk orang yang taat dan rahmat-Mu bagi orang yang berdosa, jika aku tidak termasuk orang yang taat untuk mendapat Pahala-Mu, aku tetap mengharap Rahmat-Mu sebagai seorang yang berdosa... Subhanallah.

Terima kasih Ibu Nora

Wednesday, June 1, 2011

Jiwa yang keluh kesah

Orang yang tidak pernah cukup dengan apa yang ada sentiasa resah memikirkan nasib diri.. Kesannya, mereka merintih dan menyesali.. Membanding sehingga hilang keyakinan dan mungkin menjadi pendengki.. Orang yang qanaah pula biasanya di anugerahi sifat ' arif ' iaitu dapat memandang apa yang tersirat di sebalik sesuatu kejadian, keadaan atau masalah.. Mengetahui hikmah bererti mengenali kebijaksanaan Tuhan.. Apabila hubungan dengan Allah bertambah kukuh semakin lazatlah jiwanya.. Memiliki jiwa yang qanaah memerlukan mujahadah, proses menekuni dan meneliti segala dialog hati.. Pujian Allah atas setiap apa yang sudi di berikan biarpun hati terasa berat.. Puji pujian ini akan meleburkan rasa ego dan sombong.. Memuji Allah juga menyedarkan kita bahawa semua adalah milikNya termasuk diri kita.. Kita perlu sedar kita cuma hamba.. Jiwa yang sentiasa memujiNya tidak akan menderita keluh kesah bahkan menjadi tenang.. Allah berfirman yang bermaksud..

" Segala puji bagi Allah yang memelihara apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi dan bagiNya (pula) segala puji di akhirat.. Dialah yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui "... Surah Saba'

Semoga kelazatan dan kerehatan memiliki jiwa yang qanaah itu akan menyumbang kepada jiwa yang tenang.. Jiwa yang tenang akan di seru mulia oleh Khalik saat kita bertemu denganNya.. Firman Allah yang bermaksud..

" Hai jiwa yang tenang.. Kembalilah kepada Tuhan mu dengan hati yang puas lagi di redhai Nya.. Maka masuklah ke dalam kumpulan hamba hamba Ku yang berbahagia dan masuklah ke dalam syurga Ku " Surah Al Fajr

Dari : Ibu Nora
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...