Showing posts with label Hadis. Show all posts
Showing posts with label Hadis. Show all posts

Sunday, May 29, 2011

Berkata yang baik atau diam


oleh Zubair IbnuAwwam As-Sabah pada pada 29hb Mei 2011 pukul 12.45 pagi

Assalamu'Alaikum Warahmatullahi Wabarokatuh

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIIM

Sahabatku sekalian.
Melakukan Da'wah adalah Wajib dan amat terpuji sebab akan meninggikan martabat dan derajat bagi mereka yang melakukannya,dan perkara ini amat di tuntut oleh Allah dan RasulullahNya'

Firman Allah Bermaksud:
Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi faedah umat manusia, kerana kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). .."Ali-imraan:110

Firman Allah bermaksud :
Dan orang-orang yg beriman, lelaki dan perempuan, sebagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebagian yang lain. Mereka menyuruh mengerjakan yg ma'ruf dan mencegah dari yang munkar'. (At-Taubah: 71)

Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda :
"Sebaik baiknya pemberian adalah kalimat haq yang kamu dengar, kemudian kamu membawanya kepada saudaramu sesama muslim,lalu kamu mengajarkannya kepadanya."(Riwayat Thabraani)

Sahabatku yang kukasihi.
Tapi ingat janganlah kita cuma mampu memperkatakan kebenaran dan melarang kemungkaran, tetapi tidak mampu berbuat atau mengamalkannya. Apakah kita semua tidak takut dengan ancaman Allah Subhanahu Wa Ta'ala,

Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala :
Wahai orang-orang yang beriman, jangan kamu perkatakan apa yang tidak kamu lakukan, amat besarlah kebencian disisi ALLAH, apa yang kamu perkatakan tetapi kamu tidak lakukan." (As Saf: 2-3)

Daripada Abu Hurairah Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda :
Barang siapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah dia berkata baik atau diam. (HR Bukhari dan Muslim) Hadis Arba'in Imam NAwawi.

Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda :
Diam itu Hiasan bagi orang berilmu dan Tirai bagi orang jahil (bodoh) (HR.Abusysyaih)

BAHAN RENUNGAN SEMOGA MANFAAT UNTUK KITA SEMUA AAMIIN. WASSALAM

Saturday, May 28, 2011

Jangan biarkan perasaan dengki subur di hati

Bismillahirahmannirrahim...

Pernah tak kita lihat dalam masyarakat kita budaya santau-menyantau, fitnah-memfitnah, berburuk sangka, saling menjatuhkan antara satu sama lain dan pelbagai lagi budaya yang sama waktu dengannya? Rasanya perkara seperti ini sudah tidak perlu dipersoalkan kerana ia merupakan perkara yang sering terjadi dikalangan masyarakat kita. Semua perkara ini terjadi hasil daripada suatu sifat atau penyakit hati yang dipanggil hasad dengki.. Natijah dari sifat dengki ini sekiranya tidak dibendung akan mendatangkan pelbagai kesan negatif sama ada kepada orang yang dengki itu ataupun mangsa orang dengki itu.

Gara-gara dengki dengan nabi Adam menyebabkan iblis menjadi sombong sehingga menggagalkan dirinya untuk menuruti perintah Allah agar bersujud kepada nabi Adam sebagai penghormatan. Akibat dari kesombongannya itu maka saat itu terlucutlah segala kenikmatan yang dikecapi selama berada di dalam syurga dan tika itu juga iblis menjadi makhluk yang dilaknati oleh Allah dan diusir dari syurga. Firman Allah yang bermaksud:

"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu, lalu Kami membentuk rupa kamu, kemudian Kami berfirman kepada malaikat-malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam", lalu mereka sujud melainkan Iblis, ia tidaklah termasuk dalam golongan yang sujud.

Allah berfirman: "Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?" Iblis menjawab: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah."

Allah berfirman: "Turunlah engkau dari Syurga ini, kerana tidak patut engkau berlaku sombong di dalamnya; oleh sebab itu keluarlah, sesungguhnya engkau dari golongan yang hina".

Ini antara perkara yang akan berlaku sekiranya kita terus membiarkan perasaan dengki itu menyubur dalam diri kita. Dan banyak lagi perkara-perkara yang tidak baik akan berlaku hasil dari sifat dengki. Oleh itu, jangan kita biarkan sifat dengki ini tumbuh segar dalam diri.. Andainya perasaan itu terbit maka removelah ia secepatnya dengan cara kita redha dengan setiap ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah kepada setiap makhluk-Nya. Sekiranya terbit juga perasaan dengki itu bermakna kita tidak redha dengan apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Adakah kita layak untuk melakukan sedemikian rupa itu terhadap tuhan yang Maha Agung? Dan ingatlah dengan sabda Nabi yang bermaksud :

"Sesungguhnya hasad dan dengki itu akan memakan amal-amal baik sebagaimana api memakan (menghanguskan) kayu bakar."

Allah merupakan pencipta kita dan dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk makhluk-makhluk-Nya. Oleh itu, redhalah dengan semua yang telah Allah takdirkan untuk kita. Tidak perlu untuk kita hasad dengki dengan orang lain. Dan sudah pasti besar ganjarannya di sisi Allah andainya kita redho dengan segala ketentuan dan ketetapan tuhan yang Maha Esa insyaAllah.. Wallahu'alam

... Ibu Nora ...

Sunday, May 22, 2011

Penyakit sombong dan kufur nikmat


Rasulullah s.a.w bersabda: Kelak akan menimpa umatku penyakit umat-umatku terdahulu, iaitu penyakit sombong, kufur nikmat, dan lupa diri dalam memperoleh harta dan bermegah-megah dengan harta. Mereka terjurumus dalam jurang kemenangan dunia, saling bermusuhan, saling iri dengki dan dendam sehingga melakukan kezaliman.

(Hadith Riwayat Al-Haakim)

Semoga Allah melindungi kita dari musibah ini… aamiin oleh Ibu nora.

Friday, May 20, 2011

Jangan suka mengumpat


اللهم صلي على سيدينا محمد
.بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya di dunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhanku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya" . Maka Allah menjawab: "Semua kebaikan itu (pahala) datangnya dari orang melakukan umpatan kepada engkau tanpa engkau ketahui".

Sabda Rasulullah : "Wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum Muslim, dan janganlah kamu mengintip keaiban mereka. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaiban, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud).

Basahkanlah Bibir dan Lidahmu dengan Zikir sehingga tiada ruang untuk mengumpat.

وَيْلٌ لِّكُلِّ هُمَزَةٍ لُّمَزَةٍ
Kecelakaanlah bagi setiap pengumpat lagi pencela
(Surah Al-Humazah 104 : Ayat 1)

Saturday, March 19, 2011

Persaudaraan


Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud:

“Seseorang Muslim itu adalah saudara Muslim yang lain. Dia tidak menzaliminya dan tidak menyerahkannya (kepada musuh), barangsiapa yang menunaikan hajat saudaranya nescaya Allah akan menunaikan hajatnya, dan barangsiapa yang menghilangkan daripada seorang Muslim satu kesusahan nescaya Allah akan menghilangkan satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahannya pada hari kiamat kelak, dan barangsiapa yang menyembunyikan (keaiban) seorang muslim nescaya Allah akan menyembunyikan (keaibannya) pada hari kiamat.” – Riwayat Bukhori dan Muslim

p/s : Jangan gaduh-gaduh

Tuesday, March 1, 2011

Mati kerana sakit perut


Walaupun sakit perut kita rasa merupakan sakit biasa tetapi jika yang sakit hdapinya dengan redha dan sabar hingga membawa kepada kematian, maka matinya di kira mati syahid atau mati husnul khatimah.

Terdapat hadis yang menegaskan akan hal ini yang membawa maksud :

"Barangsiapa yang mati sakit perut, maka matinya dikira mati syahid."
(Riwayat Muslim)

Alfatihah buat allayarhamah nenek saudara Arif Ikhwan : Baca di sini!

Monday, January 10, 2011

Jauhi suka menyeksa binatang

Untungnya Elin... tuannya bagi guna laptop lagi sampai terlentuk!

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud
:

Seorang wanita disiksa kerana mengurung kucing dengan tidak memberinya makan dan minum serta tidak membiarkan ia bebas memakan serangga-serangga yang terdapat di bumi ini.

(Riwayat Muslim)

Binatang2 juga perlu di kasihani. Namun ada juga manusia yg memperlakukan sesama manusia seperti binatang seperti mendera & membunuh tanpa belas kasihan.

Ada juga binatang yg perlu dibunuh andaikata ia memudaratkan seperti tikus, ular, anjing yg menggigit...

Petikan berita di Harian Metro - 10Jan2011

GEORGETOWN: Seorang pelancong warga Ireland terbunuh dalam keadaan mengerikan akibat cedera parah di lengan dan paha, dagu hampir tercabut manakala kedua-dua telinganya putus akibat digigit sepasang anjing peliharaan jenis Mongrel di sebuah ladang organik di Teluk Bahang, dekat sini, pagi semalam.

Pelancong berkenaan, Sullivan Maurice, 50, baru tiba di ladang organik berkenaan bersama teman wanitanya, warga Poland berusia 28 tahun, kira-kira jam 11 pagi kelmarin, untuk menjadi sukarelawan serta merakam gambar pokok durian yang ditanam di ladang itu.

Pemilik ladang organik itu yang dikenali sebagai Teoh, 41, berkata mangsa bersama teman wanitanya sudah mesra bersama sepasang anjing peliharaannya sejak tiba di ladang terbabit dan mereka juga bermain-main dengan dua anjing hitam itu petang kelmarin.

Menurutnya, dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi semalam, dua anjing jinak itu tidak diikat manakala dua warga asing yang dikenali melalui perbualan Internet itu baru saja turun dari rumahnya yang terletak di atas bukit iaitu kira-kira 50 meter dari tempat kejadian.

“Ketika kejadian, isteri saya yang berada di dalam rumah terdengar bunyi anjing menyalak dengan tiba-tiba. Apabila hendak turun ke bawah bagi menolong Maurice, ia sudah terlambat.

“Kami tidak sangka anjing yang sudah mesra bersama Maurice sejak kelmarin, menggigit sehingga menyebabkan kematiannya dalam tempoh 24 jam berkenalan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Menurutnya, dua anjingnya itu akan diserahkan kepada Jabatan Perhilitan Pulau Pinang untuk tindakan lanjut dan tidak menyangka niat baik Maurice bersama teman wanitanya mengundang padah kepada mereka.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Hatta Md Zin, berkata pihaknya difahamkan mangsa bersama teman wanitanya datang ke ladang berkenaan untuk merakam gambar bagi disiarkan pada laman web pasangan itu.

Menurutnya, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di lengan dan paha, dagu hampir tercabut manakala kedua-dua telinga putus akibat gigitan anjing itu.

“Kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk dibedah siasat,” katanya ketika dihubungi semalam.

Teman wanita mangsa enggan ditemui wartawan dan dilihat menghubungi seseorang dipercayai memaklumkan berita malang itu.

Dalam pada itu, carian di Internet mendapati anjing Mongrel itu campuran banyak baka dan kerana itu ia mudah dipelihara, malah makanannya sayur, nasi serta sampah organik.

Anjing coklat muda dan hitam jenis itu boleh mencapai berat sehingga 18 kilogram serta berukuran antara 38 dan 57 sentimeter tinggi.

Friday, December 10, 2010

Mengatasi rasa marah

Nabi Muhammad s.a.w pernah berpesan bagaimana mengatasi rasa marah dlm diri :

1. Mengawal lidah
Berdiam diri lebih baik drp berkata-kata ketika marah kerana jika berkata-kata akan dikhuatiri perkataan memburukkan lagi keadaan. Biasanya apabila kita marah, perkataan yg keluar dari mulut kita lebih banyak yg buruk drp baiknya.

2. Mengambil wudhuk
Apabila kita mengambil wudhuk, ia akan menyejukkan hati & mententeramkan jiwa.

3. Beristighfar & membaca Al-Quran
Tenangkan diri dgn bacaan ayat2 Al-Quran. Ia merupakan pembimbing diri & boleh menjadikan akhlak kita terpelihara.

Thursday, September 23, 2010

Nama-nama yang baik

Alhamdulillah & terima kasih mama & ayah kerana memberikan nama2 yg baik kepadaku serta kakak2 & abang2ku. Yang lelaki bermula dgn nama Muhammad, manakala yg perempuan pula bermula dgn Siti. Namun panggilan kesemuanya bermula dgn huruf A....

1 - Kakak (14 thn) --> Aishah --- kebahagian (ketawa aje!)
2 - Abang (12 thn) --> Amirul --- pemimpin (jgn 'pengarah' pula ye!)
3 - Kakak (10 thn) --> Asyikin -- kekasih (patutlah sabar aje layan arif!)
4 - Abang (8 thn) ---> Azri ------ kekuatanku (penyokong kuat mama!)
5 - Aku le..(1 thn) ---> Arif ------ bijaksana (ehemmm..aminn!)

Memberi nama2 yg baik ini adalah menjadi kewajipan bagi kedua ibu bapa kepada anak-anaknya. Begitu juga dgn nama panggilan mereka. Pilihlah nama yang dianjurkan oleh Islam atau sekurang-kurangnya nama yang membawa maksud yang baik.

Nabi Muhammad s.a.w menggalakkan kepada ummatnya agar memberi nama yang terbaik.

Baginda bersabda yg membawa maksud :

” Sesungguhnya kamu akan dipanggil dengan Namamu dan Nama bapa kamu. Elokkanlah nama-nama kamu.”

Hadis daif riwayat Ibnu Hibban

Link berkaitan, boleh lawat juga ni --> Kesalahan2 dlm memberi nama, Pilihlah nama2 yg baik utk anak2

Thursday, July 1, 2010

Berbakti Kepada Ibu Bapa

Doa ibu bapa

Drp Ibnu Mas'ud r.a bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah S.A.W :

Manakah amal yang lebih utama? Baginda menjawab : Sembahyang dalam waktunya, berbakti kepada ibu bapa dan berjuang dijalan Allah.

(Riwayat Bukhari)

Setiap anak wajib berbakti dan mentaati ibu bapa demi memperoleh sebuah kehidupan yang bahagia dan dirahmati. Ajaran Islam meletakkan ibu bapa pada kedudukan yang mulia. Antara cara berbakti kepada ibu bapa ialah :

** Bercakap dengan sopan & lemah lembut

** Memenuhi permintaan mereka

** Menghadiahkan kejayaan

** Melakukan apa yang disukai

** Mendoakan kebaikan untuk ibu bapa

Saturday, June 26, 2010

Adab Berjiran

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

Sesiapa yang beriman kepada Allah dan terhadap hari akhirat, hendaklah dia memuliakan jirannya.

(Riwayat al-Bukhari)

Jiran adalah ahli masyarakat yang paling rapat dengan kita. Oleh itu kita hendaklah menghormati jiran, memuliakan jiran & memelihara persefahaman. Amalkan adab berjiran :

1... Membantu ketika mereka susah & memerlukan bantuan.

2... Menjaga perasaan mereka.

3... Memelihara rahsia jiran walau pun berbeza agama.



Sunday, June 20, 2010

Berusaha Mengajak Kepada Kebaikan


Rasulullah s.a.w bersabda :

Maksudnya
: Sesiapa yang mengajak ke jalan hidayah, baginya pahala seperti pahala orang yang mengikutnya dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala mereka.

(Riwayat Muslim)

Baik Pergaulan Dalam Persahabatan



Rasulullah s.a.w bersabda :

Maksudnya : Sebaik-baik teman ialah mereka yang paling baik kepada sahabatnya.

(Riwayat Al-Tirmidhi)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...