Monday, January 10, 2011

Jauhi suka menyeksa binatang

Untungnya Elin... tuannya bagi guna laptop lagi sampai terlentuk!

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud
:

Seorang wanita disiksa kerana mengurung kucing dengan tidak memberinya makan dan minum serta tidak membiarkan ia bebas memakan serangga-serangga yang terdapat di bumi ini.

(Riwayat Muslim)

Binatang2 juga perlu di kasihani. Namun ada juga manusia yg memperlakukan sesama manusia seperti binatang seperti mendera & membunuh tanpa belas kasihan.

Ada juga binatang yg perlu dibunuh andaikata ia memudaratkan seperti tikus, ular, anjing yg menggigit...

Petikan berita di Harian Metro - 10Jan2011

GEORGETOWN: Seorang pelancong warga Ireland terbunuh dalam keadaan mengerikan akibat cedera parah di lengan dan paha, dagu hampir tercabut manakala kedua-dua telinganya putus akibat digigit sepasang anjing peliharaan jenis Mongrel di sebuah ladang organik di Teluk Bahang, dekat sini, pagi semalam.

Pelancong berkenaan, Sullivan Maurice, 50, baru tiba di ladang organik berkenaan bersama teman wanitanya, warga Poland berusia 28 tahun, kira-kira jam 11 pagi kelmarin, untuk menjadi sukarelawan serta merakam gambar pokok durian yang ditanam di ladang itu.

Pemilik ladang organik itu yang dikenali sebagai Teoh, 41, berkata mangsa bersama teman wanitanya sudah mesra bersama sepasang anjing peliharaannya sejak tiba di ladang terbabit dan mereka juga bermain-main dengan dua anjing hitam itu petang kelmarin.

Menurutnya, dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi semalam, dua anjing jinak itu tidak diikat manakala dua warga asing yang dikenali melalui perbualan Internet itu baru saja turun dari rumahnya yang terletak di atas bukit iaitu kira-kira 50 meter dari tempat kejadian.

“Ketika kejadian, isteri saya yang berada di dalam rumah terdengar bunyi anjing menyalak dengan tiba-tiba. Apabila hendak turun ke bawah bagi menolong Maurice, ia sudah terlambat.

“Kami tidak sangka anjing yang sudah mesra bersama Maurice sejak kelmarin, menggigit sehingga menyebabkan kematiannya dalam tempoh 24 jam berkenalan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Menurutnya, dua anjingnya itu akan diserahkan kepada Jabatan Perhilitan Pulau Pinang untuk tindakan lanjut dan tidak menyangka niat baik Maurice bersama teman wanitanya mengundang padah kepada mereka.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Hatta Md Zin, berkata pihaknya difahamkan mangsa bersama teman wanitanya datang ke ladang berkenaan untuk merakam gambar bagi disiarkan pada laman web pasangan itu.

Menurutnya, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di lengan dan paha, dagu hampir tercabut manakala kedua-dua telinga putus akibat gigitan anjing itu.

“Kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk dibedah siasat,” katanya ketika dihubungi semalam.

Teman wanita mangsa enggan ditemui wartawan dan dilihat menghubungi seseorang dipercayai memaklumkan berita malang itu.

Dalam pada itu, carian di Internet mendapati anjing Mongrel itu campuran banyak baka dan kerana itu ia mudah dipelihara, malah makanannya sayur, nasi serta sampah organik.

Anjing coklat muda dan hitam jenis itu boleh mencapai berat sehingga 18 kilogram serta berukuran antara 38 dan 57 sentimeter tinggi.

7 comments:

fadhdeela said...

suka kucing tp takuttt ngan dia..!!

im following u :P

Jom singgah: Awek kena rogol didepan BF!

a kl citizen said...

kucing antara haiwan kesayangan Rasulullah... namun saya geli geleman dengan kucing

Arif Ikhwan said...

he..he.. ada yg menggigil tengok kucing but Arif love kucing..

Hanis Azla said...

suka tgk kucing.. tp takut sangat nak dekat..

Adzriel AB said...

hanis geng le dgn a kl citizen ye. tak pe le. nak wat camner, asal jgn diluku kucing tu udoh le..

areripe said...

anjing-anjing ni kena virus resident evil ka?
ganas gila
sampai bunuh orang

im already followed your blog!
and if u think my blog interesting, u can do the same thing!

Adzriel AB said...

tq areripe coz follow budak kecik ni. siapa sangka mula2 jinak then tiba2 bunuh org.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...