Friday, December 10, 2010

Mengatasi rasa marah

Nabi Muhammad s.a.w pernah berpesan bagaimana mengatasi rasa marah dlm diri :

1. Mengawal lidah
Berdiam diri lebih baik drp berkata-kata ketika marah kerana jika berkata-kata akan dikhuatiri perkataan memburukkan lagi keadaan. Biasanya apabila kita marah, perkataan yg keluar dari mulut kita lebih banyak yg buruk drp baiknya.

2. Mengambil wudhuk
Apabila kita mengambil wudhuk, ia akan menyejukkan hati & mententeramkan jiwa.

3. Beristighfar & membaca Al-Quran
Tenangkan diri dgn bacaan ayat2 Al-Quran. Ia merupakan pembimbing diri & boleh menjadikan akhlak kita terpelihara.

Tuesday, December 7, 2010

Salam Maal Hijrah

Al Ajiba - Maal Hijrah


Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman

Antara amalan2 disunatkan pada bulan Muharam:

1 - Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
2 - Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
3 - Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3 kali.
4 - Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kali.


Amalan Pada 10 Muharam (Hari Assyura)

14 perkara sunat dilakukan pada hari Asyura:

1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
9. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali.
12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.
13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Dipetik dari email kiriman teman

Tuesday, November 2, 2010

Friday, October 29, 2010

Jujur

Lukisan ihsan kakak arif yg comel...kak ikin!

"Hendaklah jujur dalam setiap perbuatan yang kita lakukan. Orang yang jujur mudah dipercayai dan dihormati serta disayangi. Sebaliknya jika sekali kita menipu, nescaya orang tidak akan percaya pada kita lagi"

link berkaitan Kejujuranku diuji

Monday, October 4, 2010

Jenis-jenis air

Secara ringkasnya mengikut hukum Islam, air terbahagi kepada 4 jenis :

1. Air Mutlak

Air yang suci lagi menyucikan. Ia kekal dengan sifat asal kejadiannya , boleh digunakan untuk bersuci daripada hadas kecil dan besar, berwuduk, membasuh pakaian dan lain-lain.

Ada 7 jenis air mutlak iaitu :
1. Air hujan
2. Air laut
3. Air sungai
4. Air Telaga
5. Air mata air
7. Air salji

2. Air Musta'mal

Air yang suci pada dirinya tetapi tidak boleh menyucikan yang lain, boleh diminum dan tidak boleh dibuat bersuci. Tidak boleh digunakan untuk berwuduk, bersuci najis, bersuci daripada hadas kecil dan besar. contoh air tebu, air kelapa

Air Muqaiyad
Air yang bercampur dengan sesuatu yang suci yang mengubah salah satu daripada sifatnya sama ada dari segi warna, bau atau rasa yang menyebabkan air tersebut tidak dipanggil air mutlak lagi. Suci tetapi tidak boleh menyucikan, boleh diminum dan tidak boleh dibuat bersuci, Contoh: Air sirap, air kopi dan sebagainya

3. Air Musyammas
Air yang suci lagi menyucikan tetapi makruh menggunakannya. Air yang disimpan di dalam bekas logam dan terdedah kepada panas matahari. Air yang sedang panas itu makruh hukumnya digunakan untuk berwuduk dan bersuci daripada hadas.

4. Air Mutanajjis
Air yang telah terjatuh najis ke dalamnya sehingga berubah warna, bau atau rasa walaupun jika dicampur hingga kadar dua kolah. Tidak suci, tidak boleh diminum dan tidak boleh dibuat bersuci.

Thursday, September 23, 2010

Nama-nama yang baik

Alhamdulillah & terima kasih mama & ayah kerana memberikan nama2 yg baik kepadaku serta kakak2 & abang2ku. Yang lelaki bermula dgn nama Muhammad, manakala yg perempuan pula bermula dgn Siti. Namun panggilan kesemuanya bermula dgn huruf A....

1 - Kakak (14 thn) --> Aishah --- kebahagian (ketawa aje!)
2 - Abang (12 thn) --> Amirul --- pemimpin (jgn 'pengarah' pula ye!)
3 - Kakak (10 thn) --> Asyikin -- kekasih (patutlah sabar aje layan arif!)
4 - Abang (8 thn) ---> Azri ------ kekuatanku (penyokong kuat mama!)
5 - Aku le..(1 thn) ---> Arif ------ bijaksana (ehemmm..aminn!)

Memberi nama2 yg baik ini adalah menjadi kewajipan bagi kedua ibu bapa kepada anak-anaknya. Begitu juga dgn nama panggilan mereka. Pilihlah nama yang dianjurkan oleh Islam atau sekurang-kurangnya nama yang membawa maksud yang baik.

Nabi Muhammad s.a.w menggalakkan kepada ummatnya agar memberi nama yang terbaik.

Baginda bersabda yg membawa maksud :

” Sesungguhnya kamu akan dipanggil dengan Namamu dan Nama bapa kamu. Elokkanlah nama-nama kamu.”

Hadis daif riwayat Ibnu Hibban

Link berkaitan, boleh lawat juga ni --> Kesalahan2 dlm memberi nama, Pilihlah nama2 yg baik utk anak2

Friday, August 13, 2010

Adab Bersahabat

Firman Allah SWT yang bermaksud :

"Pada hari itu sahabat-sahabat karib sesetengahnya menjadi musuh bagi setengahnya yang lain, kecuali orang yang persahabatannya berdasarkan takwa"
(Az-Zukhruf : 67)

Islam mementingkan soal persahabatan kerana ini merupakan perkara penting yang besar pengaruhnya. Antara adab2 bersahabat ialah :


Carilah sahabat yang mempunyai akhlak yang baik



Bersahabat dengan ikhlas bukan kerana mempunyai kepentingan



Memberi bantuan yang termampu ketika kawan ditimpa kesusahan



Jauhi daripada sikap merendah atau menghina kawan



Memanggilnya dengan nama elok yang disukainya



sumber : AnaMuslim bil. 53

Friday, August 6, 2010

Amalkan Ucapan Yang Baik

Bismillah - membaca bismillah sebelum melakukan sebarang aktiviti.


Subhanallah (tasbih) & Allahuakbar (takbir) - apabila melihat sesuatu kejadian yang menakjubkan atau mengkagumkan.


Insyaallah
- apabila berniat melakukan sesuatu pekerjaan atau berjanji dengan seseorang.

Alhamdulillah - apabila selesai melakukan sesuatu hajat atau pekerjaan.


Istighfar - sekiranya melakukan kesalahan, berasa kecewa atau kesal di atas sesuatu perkara.


Innaalillaahi wa innaa ilaihi raji'uun - apabila mengalami musibah, kesedihan atau kesusahan.

Thursday, July 29, 2010

Give thanks to Allah - Michael Jackson


Give thanks to Allah,
for the moon and the stars
prays in all day full,
what is and what was
take hold of your iman
dont givin to shaitan
oh you who believe please give thanks to Allah.

Allahu Ghefor Allahu Rahim Allahu yuhibo el Mohsinin,
hua Khalikhone hua Razikhone whahoa ala kolli sheiin khadir

Allah is Ghefor Allah is Rahim Allah is the one who loves the Mohsinin,
he is a creater, he is a sistainer and he is the one who has power over all.


Give thanks to Allah,
for the moon and the stars
prays in all day full,
what is and what was
take hold of your iman
dont givin to shaitan
oh you who believe please give thanks to Allah.

Allahu Ghefor Allahu Rahim Allahu yuhibo el Mohsinin,
hua Khalikhone hua Razikhone whahoa ala kolli sheiin khadir

Allah is Ghefor Allah is Rahim Allah is the one who loves the Mohsinin,
he is a creater, he is a sistainer and he is the one who has power over all.

Michael Jackson - Give Thanks To Allah Lyrics

Thursday, July 1, 2010

Berbakti Kepada Ibu Bapa

Doa ibu bapa

Drp Ibnu Mas'ud r.a bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah S.A.W :

Manakah amal yang lebih utama? Baginda menjawab : Sembahyang dalam waktunya, berbakti kepada ibu bapa dan berjuang dijalan Allah.

(Riwayat Bukhari)

Setiap anak wajib berbakti dan mentaati ibu bapa demi memperoleh sebuah kehidupan yang bahagia dan dirahmati. Ajaran Islam meletakkan ibu bapa pada kedudukan yang mulia. Antara cara berbakti kepada ibu bapa ialah :

** Bercakap dengan sopan & lemah lembut

** Memenuhi permintaan mereka

** Menghadiahkan kejayaan

** Melakukan apa yang disukai

** Mendoakan kebaikan untuk ibu bapa

Saturday, June 26, 2010

Adab Berjiran

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

Sesiapa yang beriman kepada Allah dan terhadap hari akhirat, hendaklah dia memuliakan jirannya.

(Riwayat al-Bukhari)

Jiran adalah ahli masyarakat yang paling rapat dengan kita. Oleh itu kita hendaklah menghormati jiran, memuliakan jiran & memelihara persefahaman. Amalkan adab berjiran :

1... Membantu ketika mereka susah & memerlukan bantuan.

2... Menjaga perasaan mereka.

3... Memelihara rahsia jiran walau pun berbeza agama.



Monday, June 21, 2010

Selamat Hari Bapa

Salam buat ayahanda tercinta, terima kasih kerana :

1... Sentiasa menyayangiku dengan sepenuh hati.

2... Sentiasa berpesan dengan kebaikan buatku biar pun aku masih bayi.

3... Sentiasa mencium & memelukku setiap kali pulang dari kerja.

4... Sentiasa menyediakan segala kelengkapanku..tempal tinggal yg selesa,
kenderaan yg selesa, makan & minum yg cukup, susu, pampers & segalanya.

5... Sentiasa mendoakan kesejahteraanku kini & akan datang.

6...Sentiasa mengambil berat tentang diriku.

DOAKU MOGA AYAH SIHAT & SEJAHTERA SELALU!
AYAHLAH YG TERBAIK BUATKU!

Rasullullah s.a.w bersabda:

Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa

Sunday, June 20, 2010

10 Jenis Orang Yang Kejam

Sufyan Athsauri berkata :

10 macam daripada kekejaman ialah :

1.. Seorang yg berdoa untuk dirinya sendiri & tidak mendoakan anak2nya & kaum mukmin.

2.. Seorang yg pandai membaca Al-Quran tetapi setiap harinya tidak membaca seratus ayat.

3.. Seorang yg masuk masjid lalu keluar & tidak solat 2 rakaat (Sunat Tahyatul Masjid).

4.. Seorang yg berjalan melalui kuburan tetapi tidak memberi salam & mendoakan ahli kubur.

5.. Seorang yg sampai di sebuah kota pd hari Jumaat kemudian tidak sembahyang jemaah.

6.. Seseorang yg daerahnya didatangi seorang alim, tiba2 tidak mahu belajar apa2 darinya.

7.. Dua orang yg bertemu di perjalanan & masing2 tidak menanyakan nama kawannya itu.

8.. Seorang yg diundang pada jamuan tiba2 tidak datang.

9.. Pemuda yg tidak ada kerja & tidak mahu belajar ilmu & kesopanan.

10.. Seorang yg kenyang sedang dia tahu bahawa tetangganya lapar tetapi tidak diberi dari makannya itu.

MOGA KITA TIDAK TERGOLONG DALAM 10 INI!...Amiiin..

Berusaha Mengajak Kepada Kebaikan


Rasulullah s.a.w bersabda :

Maksudnya
: Sesiapa yang mengajak ke jalan hidayah, baginya pahala seperti pahala orang yang mengikutnya dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala mereka.

(Riwayat Muslim)

Baik Pergaulan Dalam Persahabatan



Rasulullah s.a.w bersabda :

Maksudnya : Sebaik-baik teman ialah mereka yang paling baik kepada sahabatnya.

(Riwayat Al-Tirmidhi)

Salam Pembuka Tirai

Salam semua...

Semoga dengan terbinanya blog ini, dapat dimanafaatkan oleh semua untuk kebaikan.

Amin *(^_^)*
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...