Monday, October 4, 2010

Jenis-jenis air

Secara ringkasnya mengikut hukum Islam, air terbahagi kepada 4 jenis :

1. Air Mutlak

Air yang suci lagi menyucikan. Ia kekal dengan sifat asal kejadiannya , boleh digunakan untuk bersuci daripada hadas kecil dan besar, berwuduk, membasuh pakaian dan lain-lain.

Ada 7 jenis air mutlak iaitu :
1. Air hujan
2. Air laut
3. Air sungai
4. Air Telaga
5. Air mata air
7. Air salji

2. Air Musta'mal

Air yang suci pada dirinya tetapi tidak boleh menyucikan yang lain, boleh diminum dan tidak boleh dibuat bersuci. Tidak boleh digunakan untuk berwuduk, bersuci najis, bersuci daripada hadas kecil dan besar. contoh air tebu, air kelapa

Air Muqaiyad
Air yang bercampur dengan sesuatu yang suci yang mengubah salah satu daripada sifatnya sama ada dari segi warna, bau atau rasa yang menyebabkan air tersebut tidak dipanggil air mutlak lagi. Suci tetapi tidak boleh menyucikan, boleh diminum dan tidak boleh dibuat bersuci, Contoh: Air sirap, air kopi dan sebagainya

3. Air Musyammas
Air yang suci lagi menyucikan tetapi makruh menggunakannya. Air yang disimpan di dalam bekas logam dan terdedah kepada panas matahari. Air yang sedang panas itu makruh hukumnya digunakan untuk berwuduk dan bersuci daripada hadas.

4. Air Mutanajjis
Air yang telah terjatuh najis ke dalamnya sehingga berubah warna, bau atau rasa walaupun jika dicampur hingga kadar dua kolah. Tidak suci, tidak boleh diminum dan tidak boleh dibuat bersuci.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...