Saturday, January 29, 2011

Minuman kegemaran Rasulullah


Rasulullah gemar minum susu kambing. Pernah suatu ketika sahabat Nabi iaitu Abu Bakar as-Siddiq berjalan bersama Rasulullah SAW ketika mereka keluar dari kota Makkah menuju Madinah. Ketika itu Rasulullah SAW benar-benar berasa haus. Lalu Abu Bakar pun memerahkan sedikit susu untuk baginda. Susu itu kemudian dibawa kepada Nabi dan baginda meminumnya dengan gembira.

Khasiat susu kambing

- Kalsium sangat penting semasa peringkat pertumbuhan seperti kanak-kanak, semasa mengandung dan semasa penyusuan bayi.

- Kandungan kalsiumnya yang lebih tinggi berbanding susu lembu.

- Disyorkan pada golongan yang alah pada susu lembu.

- Dapat meningkatkan aliran susu bagi ibu yg menyusukan bayi.

- Paling hampir dapat menggantikan susu ibu

1 comment:

CETUSAN SEIKHLAS RASA said...

Mmg susu kambing sgt2 elok diminum. Kepada yg menghadapi mslh ulser perut, baik mengamalkan minum susu kambing ni....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...